~My Precious Readers~Korang pas follow, tlg tinggalkan jejak ye..i'll follow back...thanks!!

Tuesday, October 30, 2012

~Anak Syurga...:)~

Salam all...

alhamdulillah, banyak sangat perkembangan yang damia tunjukkan lately...
hari tu dia selsema..
saya pon dah mula risau, takut melarat macam dulu..
tapi syukur sebab sekejap je selsemanya..
tak teruk pun..
Alhamdulillah Allah swt melindungi puteri kecil saya tu..

hari raya aidil adha hari tu,
kami sekeluarga balik langat..
masa minum petang, saya suapkan mia cekodok..
selalunya kalau saya letakkan makanan kt tangan dia,
memang dia akan buang..
tak reti masukkan makanan dalam mulut..
petang tu, atuknya suruh bg mia pegang jugak...

saya dah bagi, dia buang macam biasa..
lepas tu saya cuba bagi lagi n terus halakan tangan mia ke mulut..
2-3 kali jugak, ulang perkara yang sama..
and finally..
letak je cekodok kat tangan mia,
dia genggam dan terus masukkan dalam mulutnya..
gembira sangat rasa hati saya..
nampak comel bila mia pandai masukkan something dalam mulut sendiri..
satu perkembangan positif..
dan menyedarkan saya, sebenarnya saya sendiri yang kurang melatih mia uruskan diri sendiri..:(
huhuhu..
pasni mama ajar mia macam2 ok sayang..:)


yang keduanya,
masa bagi makan aiskrim..
first time saya bagi mia aiskrim,
bila da habis tu dia menangis sekuat hati..
meleleh2 air mata.. (as usual)
mia memang tak suka berhenti makan..
pas saya pujuk2 baru dia ok...

the next time, mamy dia yang bagi makan..
saya ingatkan dia akan mengamuk juga lah kalau dah habis..
tapi tak...
mia behave aje bila makan ngan mamy..
oohh kalau ngan saya or ayahnya,
memang kompem melalak2..
maknanya mia tau lah, 
ngan mama or ayah mia boleh ngade2 lebih sikittt...
hehehe gigit pipi baru tau!!

syukur alhamdulillah,
semoga mia sentiasa diberi kesihatan yang baik.
semoga Allah swt sentiasa melindungi mia..



notakaki : semalam hati sedih yang amat lepas tengok berita, pengasuh campak, sepak kanak2 umur 4 tahun sampai anak tu pengsan dan kerosakan otak.. bila sedar tak boleh berjalan, bercakap..:(( kejadian berlaku di China.. nauzubillah himinzalik! memanglah manusia zaman sekarang semakin hilang perikemanusiaan....

5 comments:

Eny Abdullah said...

Anugerah yang tidak ternilai.... semoga Damia menjadi anak yang solehah dh besar nanti..

widiea azira said...

geramnya nak cubit pipi damia. .hati-hati cari pengasuh.

yuyu jannah said...

salam, yuyu baru 1st time dtg sini. tersentuh yuyu baca entry2 seorang ibu. betapa kuatnya kasih syg seorang ibu pada anak.semoga mia membesar menjadi insan yang solehah :)

**MrS HaZiRaH** said...

SALAM....awak bole dijadikan inspirasi pade sumer orang.. =) moga mereka menjadi insan yang soleh n solehah...amin... =)

misz jue said...

bila baca blog akak , automatik teringat kenangan masa kecik dengan mak ayah dulu..