~My Precious Readers~Korang pas follow, tlg tinggalkan jejak ye..i'll follow back...thanks!!

Thursday, March 10, 2011

~petua pulihkan kencing manis~

Salam all...:)


saye nak mintak korang..kalau ade petua untuk pulihkan kencing manis..
nak makan ape ye?
nak amalkan ape ye?
ubat² yang elok ke..
leh tak sesape bgtau??

saye risau la..
MIL saye, asyik tak sihat je..
aritu dah turun sket bacaan gula nye,
tp semalam tetiba demam n naik balek..

last month, mr. hubby pye cousin baru meninggal sbb kencing manis..
mmg keturunan my MIL ade hidap kencing manis..
tp selagi boleh ubat..kite ubat la kan?

korang tolong ye?

13 comments:

Anonymous said...

cuba try minum air serbuk kayu manis..ni dapat dari majalah RAPI dulu & arwah mak pun penah try

alhamdulilah lah turun lah kencing manis cuma makan tetap kena pantang lah

tak pun kayu manis tu rendam dgn air panas, minum airnya

insyaallah..cubalah sebab aritu pun dapat dari Majalah RAPI :)

mama maman aka yana said...

setau mama yana la kan... kena jaga mkn dan rajin mkn ubat... takleh miss ubt dia...

MIL pun ada kencing manis gak... bg dia rehat dan jgn tension2 kan dia... minda harus tenang...

ariana said...

Akak pun x tau apa petua nya ni..kena google lah..atau tggu tip dari rakan blogger yang lain ekk..:)

MamaFaMi said...

Cuba minum air rendaman daun hempedu bumi. Untuk maklumat lanjut, leh baca kat sini ye...
http://1001-petua.blogspot.com/2009/05/khasiat-pokok-hempedu-bumi.html

risa said...

yang..suruh mil minum jus peria...buat sendiri kalau boleh..makan benda2 yg pahit..tukar beras kepada beras ponni ye...insyaallah..kalau jaga makan dia boleh sihat semula..akak doakan mil cepat turun gula dalam darah dia ye:)

BMS/Maziela_84 said...

salam perkenalan..

sussah la kalau ade penyakit kencing manis ni..
macam mak sy...bila kawal gula..tinggi jugak gula nyer
tp bile minum manis terlampau rendah..
doc simpan suh insulin...tp kitorang x bg...takot lah

deeya said...

ibu ade kencing manis .. tapi dia just amalkan makan ubat yang doktor bagi jerp . pastuh makan macam biasa cume kurangkan kadar pengambilan nasi .. alhamdulillah gula normal . cube lah ! :)

misza said...

salam...
ibu saya dah bertahun hidap kencing manis. ubat dari hospital makan juga. dia amalkan minum jus peria+epal. 1biji epal hijau+1biji peria katak(taukan). blender n tapis, pastu minum(x pahit sbb ada rasa epal. tak payah tiap hari, cukup seminggu sekali@2kali saje. Alhamdulillah.2011 ni doktor kata ibu saya dah bebas kencing manis, tak makan ubat lagi. macam tak caya kan, boleh jadi camtu. tapi ini betul² kenyataan. ape pun sbb takmo kena lg dia ttp jaga makan.

jangan amalkan sgt minum pahit² sebab akan buat kandungan dalam darah tak elok. tahun lepas bapa saudara adik ipar saya meninggal sebab doktor kata darah dia semacam beku. dia penghidap kencing manis yang amalkan minum air akar bakawali(ckit² tak pe kot).

TANPANAMA said...

ziarah balas,wah ramainya anak..comel2 gitu.
erm, abah saya pon kencing manis..dia selalunya kontrol dengan minum air peria yang diblend sendiri..

Liza @ Adzriel AB said...

yg utama kena jaga pemakanan. hari2 hubby kawan ni minum air tembikai tanpa gula. cuba jelly gamat!

logorithm said...

Try buah tunjuk langit. Tapi pahit giler la...

http://petua-warisan-kita.blogspot.com/2010/02/buah-tunjuk-langit-ini-di-kunyah-begitu.html

niknordin_p21@yahoo.com said...

kencing manis mmg sukar diubati, tp ada satu petua yang amat berkesan dah telah menyembuhkan bukan saja kencing manis malah penyakit lain. cuma perlu diamalkan selalu, insyaalah sembuh.
1. amalkan berjalan dirumput berembun waktu pagi.
2. amalkan berjalan atas simen/tar/batu/pasir yang terdedah kpd cahaya matahari (sebaiknya sekitar waktu zohor)
3. mandi laut diawal pagi(keadaan suhu air ketika awal pagi masih panas)
4. minum air kelapa paling tidak seminggu sebiji (paling elok yg baru bertunas)
5. ada juga yg sembuh dengan meminum air jeruk petai (homemade)
6. amalkan memakan ulam terutama brokoli(rebus)petai(sekali ngan kulit)bunga kunyit bunga lengkuas bunga kantan.
6. air rebusan daun pandan diamalkan menjadi air asas bagi membacuh minuman kesukaan.
7. amalkan memakan limau sunkist dengan hanya mengopek kulit luar sahaja (buang yg kuning je)
8. air rebusan lapisan dalam kacang tanah (selaput dalam kacang tanah yg berwarna merah sahaja)

keberkesanan sememangnya bergantung kepada kekerapan mengamalkan. Semoga panduan mudah dan jimat ini menjadi amalan dan kebiasaan, bukan saja kepada pengidap kencing manis malah amat baik untuk semua.
Selamat mencuba dan tambahkan lah selawat dan niat untuk berubat sebelum menyedia, melakukan, makan atau minum petua diatas.

Anonymous said...

Salam. Ayah saya dulu pun menghidap diebetes jugak. Kronik jugak. Pastu kwn dia ada rekomen kan satu ubat buat sendiri ni. (mmg pure herbs dan rempah ratus) alhamdulillah dah okay. Sekarang kena amalkan minum ubat tu hari2 lah. 2x sehari sebelum makan. Nak cuba ubat dia x? Harga dia pun x mhl sgt kak. So far ubat tu pun dah dpt byk feedback. Ni nmbor org tu 0125571868 . Pape akak contact jelah dia